PUTRAJAYA: Inflasi Malaysia, yang diukur daripada Indeks Harga Pengguna (IHP) kekal 2.0 peratus pada Ogos.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan restoran dan hotel iaitu 4.7 peratus berbanding 5.0 peratus pada Julai.
Selain itu, ia dipengaruhi oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang merekodkan 4.1 peratus pada Ogos, berbanding 4.4 peratus pada bulan sebelumnya.
"Ini diikuti oleh kumpulan pelbagai barangan dan perkhidmatan dan kesihatan masing-masing meningkat sebanyak 2.4 peratus.
"Kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 4.1 peratus (Julai 2023: 4.4 peratus).
"Komponen makanan di rumah merekodkan peningkatan marginal 2.9 peratus berbanding 3.0 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya. Kenaikan komponen makanan di rumah adalah didorong terutamanya oleh subkumpulan daging (5.8 peratus)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu bagi peringkat negeri pula, Mohd Uzir berkata, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 2.0 peratus.
Beliau berkata hanya tujuh negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Sarawak (3.4 peratus), Putrajaya (2.7 peratus), Perlis (2.4 peratus), Perak (2.3 Perak), Selangor (2.3 peratus), Pahang (2.2 peratus) dan Melaka (2.1 peratus).
Selain itu, ujarnya lagi kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman bukan alkohol.
"Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Putrajaya (5.7 peratus), diikuti oleh Selangor (5.3 peratus), Sarawak (5.0 peratus), Perlis (4.7 peratus), Melaka (4.4 peratus), Pulau Pinang (4.2 peratus), Labuan (4.2 peratus) dan Pahang (4.1 peratus).
"Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman bukan alkohol nasional iaitu 4.1 peratus pada Ogos 2023.
"Inflasi keseluruhan secara bulanan pada Ogos meningkat marginal kepada 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada Julai," kata Mohd Uzir.
Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata komponen makanan di luar rumah pula, mereda kepada 5.9 peratus berbanding 6.2 peratus yang direkodkan pada Julai.
Subkumpulan daging yang merangkumi daging ayam, lembu, babi, kambing, kerbau dan itik mencatatkan peningkatan lebih tinggi 5.8 peratus pada Ogos berbanding Julai (5.5 peratus).
"Ayam merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan daging mencatatkan kenaikan 5.7 peratus berbanding 4.3 peratus pada Julai
"Purata harga ayam standard di Malaysia meningkat kepada RM10.21 sekilogram berbanding RM10.51 sekilogram pada Julai.
"Begitu pun, subkumpulan beras, roti dan bijirin lain meningkat pada kadar perlahan iaitu sebanyak 4.0 peratus pada Ogos berbanding Julai (4.5 peratus).
"Ini antaranya disumbangkan oleh peningkatan sederhana kelas perbelanjaan roti dan kuih sebanyak 3.5 peratus (Julai 2023: 4.2 peratus) dan tepung dan bijirin lain sebanyak 2.3 peratus (Julai 2023: 3.9 peratus)," kata Mohd Uzir lagi.
Beliau menambah kelas perbelanjaan beras meningkat 3.0 peratus berbanding 2.4 peratus pada Julai, dengan beras import meningkat 3.6 peratus (Julai 2023: 2.3 peratus).
Dalam masa sama, subkumpulan minyak dan lemak terus mencatatkan penurunan bagi lima bulan berturut-turut iaitu negatif 1.4 peratus pada bulan Ogos berbanding negatif 2.2 peratus pada Julai.
Situasi itu, kata Mohd Uzir didorong sebahagiannya disebabkan oleh penetapan harga minyak masak yang masih kekal bagi tempoh 8 Ogos hingga 7 September tahun ini.
Inflasi restoran dan hotel turut meningkat perlahan kepada 4.7 peratus pada bulan Ogos berbanding 5.0 peratus pada Julai 2023, sementara inflasi pengangkutan tidak merekodkan sebarang kenaikan berbanding negatif 0.4 peratus pada Julai.
"Tambahan pula, penurunan harga minyak petrol tanpa plumbum RON97 kepada negatif 23.4 peratus pada bulan Ogos 2023 (RM3.37 seliter) berbanding Ogos 2022 (RM4.40 seliter) merupakan penyumbang kepada penurunan kelas perbelanjaan ini. Kelas perbelanjaan ini menyumbang sebanyak 58.4 peratus wajaran kepada kumpulan ini," kata Mohd Uzir.
Hasimi Muhamad
Fri Sep 22 2023
Peningkatan inflasi antara lain dipengaruhi oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang merekodkan 4.1 peratus pada Ogos, berbanding 4.4 peratus pada bulan sebelumnya. - Gambar hiasan
Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel
Menteri Kesihatan Palestin berkata seorang rakyat Palestin mati ditembak dan lima individu cedera dalam kejadian itu.
AWANI Pagi: 'The Experts' Tampilkan Naskhah Filem Heist Penuh Bergaya
Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir, Filem terbaharu terbitan Astro Shaw ‘The Experts’ sememangnya menjanjikan penonton sebuah kelainan.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
reels test 3
AWANI Pagi: Kelip-kelip Keunikan Biodiversiti Malaysia
Kelip-kelip, satu spesis hidupan yang unik dan menyerikan lagi kepelbagaian biodiversiti kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan
Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari.
Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang
Namun ia memberi kata putus sedia untuk memeterai perjanjian, termasuk berkaitan pertukaran tahanan, sekiranya Israel menamatkan perang.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas - AS
Vedant Patel berkata, resolusi itu gagal menyatakan bahawa Hamas adalah pihak yang perlu disalahkan dalam konflik Israel-Palestin.
AS sahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tertangguh akibat serangan Israel
Bantuan kemanusiaan AS ke Gaza tertangguh disebabkan serangan Israel. Pentagon juga mengesahkan jeti sementara dibina tentera AS musnah, penghantaran udara terakhir pada 9 Mei lalu.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar US (DXY), kata seorang penganalisis.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman data IHP AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7455/7500 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Urbanisasi meningkat 75.1 peratus pada 2020 - DOSM
Urbanisasi meningkat kepada 75.1 peratus pada tahun 2020 yang membawa kepada peningkatan kualiti hidup dan jangka hayat penduduk Malaysia.